KE LAMAN WEB LEMBAGA BANDARAN KUDAT KE LAMAN WEB LEMBAGA BANDARAN KUDAT
Statistik Banci 2020

2023-09-25

Jumlah Penduduk

2023-09-13

Jumlah penduduk keseluruhan daerah Kudat

Pada tahun 2010, bilangan penduduk di daerah Kudat dianggarkan berjumlah 83,140. Komposisi etnik yang terbesar ialah kaum Rungus yang merupakan salah satu etnik peribumi di bahagian utara Sabah. Kaum Cina membentuk kira-kira 10% daripada jumlah penduduk Kudat dan kebanyakan daripada mereka berketurunan suku Hakka. Selain itu, terdapat juga masyarakat minoriti yang terdiri daripada orang Bajau, Kadazandusun, Murut, Suluk, dan Melayu Brunei. Kawasan Kudat turut dihuni oleh pendatang asing dari Filipina, terutamanya dari kawasan Sulu dan Mindanao. Kebanyakan daripada pendatang Filipina ini merupakan pendatang tanpa izin.